Sains Tahun 4:Bunyi

 



6.1     Getaran dan Bunyi

  1. Bunyi dihasilkan oleh getaran.
  2. Bunyi dapat dihasilkan melalui :
    1. Tiupan: Apabila seruling ditiup, udara di dalam seruling bergetar.
    2. Ketukan: Apabila xilofon diketuk, xilofon bergetar.
    3. Petikan atau Gesekan: Tali yang dipetik atau digesek akan bergetar.
    4. Tepukan: Kepingan simbal bergetar apabila ditepuk. 

6.2    Bunyi Bergerak

​1. Adam, Raju dan Mei Ling boleh mendengar bunyi loceng penjual aiskrim walaupun mereka berada pada kedudukan yang berbeza.
2. Mereka boleh mendengar bunyi loceng daripada penjual aiskrim kerana bunyi bergerak ke semua arah.
 

6.3   Bunyi boleh dipantulkan

  1. Apabila bunyi terkena pada suatu permukaan yang keras, bunyi akan dipantulkan semula.
  2. Contoh pantulan bunyi di sekeliling kita:
    1. Bercakap di dalam bilik kosong
    2. Menjerit di dalam gua
    3. Menjerit di dalam dewan yang kosong


6.4    Fenomena Pantulan Bunyi

  1. Pantulan bunyi berlaku di sekeliling kita. Pantulan bunyi digunakan oleh manusia dan haiwan dengan pelbagai cara.
  2. Contoh fenomena pantulan bunyi:
    1. Gema: Gema ialah bunyi yang terhasil apabila bunyi dipantulkan pada permukaan yang keras.
    2. Ultrasonik: Ultrasonik ialah bunyi yang tidak dapat didengar oleh manusia tetapi dapat didengar oleh haiwan seperti kelawar, ikan lumba-lumba dan paus untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa masing-masing. Dalam bidang perubatan, pantulan bunyi ultrasonik digunakan untuk mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan.
    3. Sonar: Sonar ialah teknologi pantulan bunyi ultrasonik yang digunakan untuk mengesan objek di dalam air. 

6.5    Bunyi yang Berfaedah dan Bunyi yang Memudaratkan

  1. Bunyi memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan kita.
  2. Terdapat bunyi yang berfaedah dan bunyi yang memudaratkan kita.
  3. Contoh bunyi yang berfaedah:
    1. Bunyi suara membolehkan kita berkomunikasi.
    2. Bunyi muzik boleh menghiburkan.
    3. Bunyi siren ambulans memberikan isyarat kecemasan.
    4. Bunyi deringan telefon memberikan maklumat ada panggilan masuk.
  4. Contoh bunyi yang memudaratkan kita:
    1. Persekitaran yang bising menyebabkan kita sukar berkomunikasi.
    2. Bunyi bising kenderaan mengganggu ketenangan dan menyebabkan tekanan emosi.
    3. Bunyi bising yang didengari secara kerap atau terlalu kuat boleh menyebabkan masalah pendengaran.
  5. Kekuatan bunyi diukur dalam unit desibel (dB). Bunyi kuat yang melebihi 85 dB boleh merosakkan telinga kita.