SAINS TAHUN 5: Siratan Makanan

 



Siratan Makanan
  1. Gabungan beberapa rantai makanan dalam suatu habitat disebut sebagai rantai makanan.
  2. Contoh habitat: Kolam, tasik, laut, sawah padi, ladang kelapa sawit, hutan.
  3. Di satu habitat, terdapat beberapa rantai makanan yang wujud.
  4. Berdasarkan beberapa rantai makanan tersebut, kita boleh menggabungkannya untuk membentuk siratan makanan.
 
Kesan dan Akibat
  1. Perubahan populasi dalam rantai/ siratan makanan mempunyai kesan ke atas hidupan yang lain.
  2. Sekiranya berlaku perubahan populasi seperti kematian dalam siratan makanan, pengguna akan mencari makanan di habitat lain, atau berpindah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.
  3. Jika bilangan (populasi) sesuatu haiwan berubah, maka bilangan (populasi) haiwan yang lain juga akan berubah (bertambah/ berkurang).

Buku Teks m.s 82: Habitat Di Kebun Sayur




Buku Teks m.s 83: Habitat di Kolam



Situasi 1: Rumpai air akan bertambah banyak, burung bangau kekurangan makanan.

Situasi 2: Ayam, itik, belalang dan kambing akan berkurangan dan seterusnya mati. Ular mati kerana kehabisan makanan.



Nota Ringkas:



Latihan


1. Tulis tiga rantai makanan daripada siratan makanan di atas.

    a)  Rumput -> Arnab -> Helang
    b)  Rumput -> Tikus -> Ular -> Helang
    c)  Rumput ->  Belalang -> Helang

2.  Apakah proses yang dilakukan oleh padi untuk memindahkan tenaga dari matahari kepada kepada hidupan lain?
      Proses fotosintesis.

3.  Ramalkan apa yang berlaku kepada tikus jika semua ular mati.
     Bilangan tikus bertambah banyak.




Baca lagi:








Rujukan: 

Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.



No comments:

Post a Comment