UPSR MANSUH: Penerangan Penilaian Tahun 6

 

*Penerangan Penilaian Tahun 6*



UPSR Mansuh, Bagaimana murid-murid dinilai dan ditaksir bagi mengetahui pencapaian mereka?


1. PBS (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) mengandungi beberapa elemen Pentaksiran, antaranya :

*📌Pentaksiran Bilik Darjah(PBD)*

*📌Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum(PAJSK)*

*📌Pentaksiran Psikometrik (PPsi).*


2. Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-anak dinilai sepanjang tahun. Ia bukan bersifat peperiksaan. Anak-anak dinilai melalui :

🔵Pemerhatian

Pentaksiran aspek pemerhatian oleh guru:

▪️ Sikap

▪️ Perlakuan/amalan

▪️Amali

▪️Kemahiran manipulatif

▪️Kemahiran bersosial

▪️Kemahiran belajar

▪️Kemahiran mereka cipta


🔵Lisan

🔸Kefahaman konsep

🔸Pengetahuan fakta

🔸Kemahiran mendengar

🔸Penggunaan bahasa yang tepat

🔸Sebutan dalam berbahasa

🔸Gaya persembahan

🔸Pertuturan dan sikap

#Kemahiran lisan boleh ditaksir melalui aktiviti seperti berikut:

🔸Soal jawab

🔸 Bercerita Sains

🔸 Perbincangan

🔸 Mendengar dan memberi respons secara lisan

🔸Pembentangan


🔵Bertulis

Pentaksiran secara bertulis murid seperti berikut:

🔺Laporan projek/eksperimen kerja kursus/folio

🔺Latihan bertulis

🔺Ujian bertulis

🔺Huraian atau tafsiran statistik, peta, jadual, graf atau carta


🔵Projek

Pentaksiran projek (murid perlu menghasilkan satu hasil pembelajaran/ merekacipta/ menghasilkan produk)


3. Murid akan diberikan Tahap Penguasaan (TP 1 hingga TP 6) terhadap pentaksiran yang dijalankan. 


4. Mudah fahamnya begini, murid yang menguasai kandungan pembelajaran (content knowledge) akan diberikan TP6 , manakala murid sederhana TP5 ,TP4 & TP3 murid yang kurang ataupun tidak menguasai diberikan TP2 dan TP1. 


5. Pemahaman konsep Sains secara cemerlang & Cara untuk aplikasi konsep Sains dalam kehidupan seharian adalah tunjang utama untuk mendapatkan Tahap Penguasaan (TP) yang tinggi dalam PBD


6. Mansuh UPSR bukan bererti tak perlu belajar, sebaliknya perlu dilipat gandakan. Tingkatkan keupayaan murid dalam aspek penguasaan kandungan pembelajaran (content knowledge), pemahaman konsep yang cemerlang dan dapat mengaplikasikan konsep Sains dalam kehidupan seharian 


*Berkenaan PKSK & UKKM*


1. PKSK - Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus dibawah KPM yang akan menilai murid untuk layak ke  SBP, Maktab Tentera, SMKA 


2. Komponen PKSK terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:

📌Kecerdasan Insaniah (EQ,SQ, SSQ)

📌Kecerdasan Intelek (MT, SN, Pengetahuan AM, KBAT)

📌 Artikulasi Penuliasan (Karangan Bertulis)


3. UKKM- Ujian Kecederungan Kemasukan MRSM di bawah Mara untuk masuk ke MRSM di seluruh Malaysia


4. Komponen UKKM :

📌Matematik

📌Sains

📌Bahasa Inggeris

📌Keperibadian


Semoga penerangan ini dapat memberikan maklumat serta kefahaman kepada Ibu bapa dalam menyiapkan anak-anak untuk 2021


source: KPM

Baca juga:

Kata Singkatan Untuk Whatssap

Mudahnya melukis dengan cap jari

Cantik tapi beracun


1 comment: