SPdPR KPM: Sistem Pelaporan PdPR Standard Untuk Guru Setiap Negeri
SPdPR – Sistem Pelaporan Standard Untuk Guru KPM Setiap Negeri
Bagi menyokong pelaksanaan PdPR di seluruh negara, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membangunkan satu sistem pelaporan PdPR standard bagi kegunaan guru-guru Malaysia.
Sistem Pelaporan PdPR (SPdPR) akan mula digunakan di negeri Terengganu dan Negeri Sembilan (rintis) mulai 17 Mei 2021 dan akan diperluaskan ke negeri-negeri lain secara berperingkat mulai 22 Mei 2021.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang Sistem Pelaporan PdPR ini.
Manual Pengguna: Panduan Mengisi Pelaporan SPdPR
Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan Standard PdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti.
KPM komited memastikan pelaksanaan PdPR sentiasa ditambahbaik dari segi bimbingan dan pengurusan demi kualiti pendidikan Malaysia yang lebih baik.
Walaubagaimanapun, Sistem Pelaporan Standard PdPR ini dibangunkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.
Pautan SPdPR adalah berbeza bagi setiap negeri. Berikut merupakan link bagi setiap negeri:
Negeri-negeri lain dalam proses kemaskini.
Baca lagi:
No comments:
Post a Comment