SAINS TAHUN 5: Rantai Makanan

 Nota dalam bentuk gambarajah. Semoga bermanfaat!


Nota Rantai Makanan

Pengenalan:

Maksud habitat: Tempat tinggal haiwan dan tumbuhan.




1.  Gambar tersebut adalah habitat di kawasan hutan paya bakau.
2.  Sumber makanan bagi haiwan dalam habitat ini adalah seperti berikut:
      
     Helang makan ular, tupai, bangau
     Ular makan monyet
     Tupai makan buah
     Bangau makan ikan
     Monyet makan buah
     Memerang makan ikan
     Udang galah makan rumpai air
     Ketam makan ikan kecil

3. Pengeluar: Semua tumbuh-tumbuhan hijau
4. Pengguna: semua haiwan
5. Hanya tumbuhan hijau sahaja menjadi pengeluar kerana ia boleh menghasilkan
     makanannya tanpa bergerak kemana-mana sendiri melalui proses fotosintesis.


Nota Ringkas/ Nota Bergambar





Contoh rantai makanan di habitat:


Contoh lain:

a. Kelapa sawit -> tupai -> ular
b.Kelapa sawit -> tikus -> burung hantu
c. Kelapa sawit -> tupai -> burung hantu
d. Kelapa sawit -> tikus -> ular
e. Kelapa sawit -> tupai-> ular -> burung hantu
f. Kelapa sawit -> tikus -> ular -> burung hantu




Kesan dan Akibat jika rantai makanan terganggu



Contoh soalan:



1.  Bina rantai makanan daripada hidupan di atas.
     kiambang -> ikan sepat -> ikan keli -> memerang

2. "Rantai makanan menunjukkan perpindahan tenaga daripada satu pihak
       ke pihak yang lain."

     a)  kepada apakah kiambang memindahkan tenaganya?
           Ikan sepat

     b)  Dari manakah kiambang mendapatkan tenaga?
         Kiambang mendapat tenaga dari makanan yang dihasilkannya sediri melalui
         proses fotosintesis.




Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...

Terima kasih kerana membaca...



Baca juga:









No comments:

Post a Comment