Diari Dari Kebun membawakan kepada anda suasana kebun di bukit. Ini bukan rumah kekal pemilik tetapi lebih kepada Pondok Bahagia yang mempunyai kelengkapan seperti ruang tamu, dapur, bilik air, ruang depan, bekalan air semulajadi, jalan raya, dan sudah tentunya pemandangan yang tidak boleh dilihat selalu dan belum ada di Pinterest.
Mari lihat suasana di Pondok Bahagia
Pemandangan dari atas. P/s jangan baling batu ya... nanti terkejut mak cik.
Koleksi pokok ati-ati dan pokok keladi di bahagian beranda 🌻🌼🌸🌾peminat utama dua jenis pokok ini. Ada yang diberikan oleh rakan-rakan, ada yang dijumpai semasa berjalan di sekitar kawasan ini dan ada juga yang diberikan oleh para peminat 🤔
Ada yang kata daunnya boleh dimakan , masak goreng celur tepung gitu. Ada sesiapa yang sudah mencuba? Kalau ada, sila beri komen anda di ruangan komen..teringin juga untuk mengetahuinya adakah resepi ini wujud atau sekadar igauan cuma😬
Dapur kayu yang banyak bekalan kayu api. Pada musim hujan yang lepas, penulis tidak ada banyak masalah mengenai bekalan kayu api di kebun. Kayu banyak, kering dan marak apabila dibakar sebagai kayu api.
Pemandangan dan suasana yang damai..sesuailah untuk yang mencari ketenangan jiwa. Tetapi diingatkan, tiada bekalan elektrik dan air paip berklorin di sini. Hanya ada line internet dan talian telco yang terhad, di pondok sekejap ada sekejap tidak ada. Kenalah mendaki sedikit sehingga ke jalan raya untuk mendapat liputan yang lebih jelas.
Ada pokok mangga air yang merimbun di sana. Apabila tiba musiam berbuah, kami akan menumbuk cili, garam, belacan dan sedikit sos tiram lalu di bawa ke bawah pokok ini. Petik buah mangga, kupas, cicah dan makan. Sekarang semuanya hanya tinggal kenangan kerana belum musim buah mangga lagi. Nanti kita ulang lagi apabila musimnya tiba .. kiihoii
Pokok kelapa masih belum berbuah. Nanti sudah berbuah, kita update pula pasal pokok kelapa ini..
Mungkinkah boleh buat jus kelapa ala di Hawaii?
Pokok pisang ni sedang menanti untuk untuk berbuah. Jadi, akan dinanti dengan penuh kesabaran demi sepinggan pisang goreng (atau goreng pisang?), cucur pisang, cekodok pisang, kek kukus pisang dan smothie pisang.
😙Indah dan damainya di Pondok Bahagia. Nantikan entry seterusnya dari Diari Dari Kebun😘
🤗Kebun ini menggunakan konsep tanam semula. Tanah kebun diusahakan semula selepas hasil tanaman jangka pendek selesai dituai hasilnya. Tiada hutan simpan, tadahan hujan atau hutan kekal yang dimusnahkan🤗
😊anda boleh menggunakan gambar-gambar dari sumbangan Pondok Bahagia untuk kegunaan anda😊
Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...
Terima kasih kerana membaca...
Baca juga:
No comments:
Post a Comment