Kali ini, Diari Dari Kebun membawakan pemandangan suasana semasa proses membersihkan kawasan untuk tanaman. Untuk makluman pembaca, aktiviti pertanian ini dijalankan di atas tanah pertanian yang digunakan semula selepas tanaman jangka pendek selesai dituai hasilnya. Ini bukanlah penerokaan tanah haram atau pencemaran hutan (disclaimer) dan penulis juga bukan scammer ...yuhuuu...
Yang berada berdekatan bolehlah datang bersembang atau membawang .. tapi jangan lupa bawa tepak sirih. Memandangkan artikel ini ditulis semasa pandemik maka jangan lupa bawa sekali pelitup muka dan pensanitasi tangan.. alaaah.. face mask dan hand sanitizer gitu...
Yang jauh di mata jauh juga di hati.. alamak.. yang jauh di mata dekat di hati.. boleh baca dan nikmati pemandangan indah .. ok ..
Ini pula pokok sayur pucuk manis. Senang sebut..sayur manis. Sedap ditumis dengan telur atau dijadikan ulam. Di tengah tu pondok sementara untuk berehat. Ya lah kan...takkanlah waktu rehat 20 minit minum air pun kena balik ke pondok utama. Kan membuang masa dan tenaga...tapi aktiviti ulang alik dalam jarak yang jauh boleh menurunkan berat badan dengan cepat. Amalkannya selalu, 3-5 kali sehari ulang alik sebanyak 2km gandakan kepada dua. Nanti lihatlah hasilnya pada hujung bulan, bukanlah mula pada 30 Mei 2021 dan ada hasil pada 31 Mei 2021.
Pemandangan yang tiada di Pinterest. Lepas ni akan ada, penulis izinkan pembaca mengambil gambar-gambar ini. Boleh jerr..
Terbaik...Encik P mendaki bukit sambil membawa kayu di bahunya. Semoga Encik P dikurniakan umur yang diberkati dengan kesihatan dan rezeki yang mencukupi buatnya dalam meniti usia emas beliau. P/s Encik P berbaju biru 😊
Dibawakan sekali lagi, watercress. Kali ini disertakan paip air tradisional yang tidak ada pili, mengalir 24/7 tanpa henti, dibawakan terus dari gunung. Sejuknya menusuk ke tulang sum sum gitu. Dalam kolam watercress ni ada ikan tilapia.. Eh.. ada botol....
Ok..ini rupa pondok utama selepas gotong-royong. Lepas ni ada yang kena gotong-royong bersihkan kawasan..Barulah diri ini tahu asal-usulnya botol di kebun watercress. Anda nampak alat menangkap ikan tradisional di sana? Nanti kita tangkap ikan tilapia sambil mengutip botol mineral water.
Sekali lagi...langit biru, ada awan larat hitam disana menandakan akan ada hujan tidak lama lagi. Cepaaat.. siapkan kerja kamuuu..
Pokok pisang tanpa baja dikelilingi oleh sayur pucuk manis. Pokok pisang ini chemical free. Demikian juga tanaman lain di kebun ini. Boleh jika mahu claim 100% organik.
dan lagi...
Unggun api mini untuk menghalau nyamuk...sambil lena di atas lantai pokok bambu. Jangan lena sampai terbakar pula. Tahulah suasana nyaman. Sambil pasang unggun api sambil bersihkan kawasan.. baru comel gitu..
Akhirnya terjumpa pokok betik fresh di sana. Boleh petik untuk dibuat menu rojak buah betik (buah yang sedang dalam proses untuk masak, belum masak) + belacan + air perahan limau nipis + sos ikan....hidang bersama nasi putih, sup ayam kampung + sayur watercress, jus buah betik...alaskan semua dengan daun pisang (bawa buahnya sekali) dan makan di tepi paip tanpa pili yang mengalir 24/7.
Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...
Terima kasih kerana membaca...
👍👍👍🥰🥰🤣🤣
ReplyDeleteTerima kasih sila datang lagi
Delete