Kembara Bersama Angkol Bonn membawakan kepada anda aktiviti menunggang basikal pada hujung minggu bersama rakan-rakan angkol. Mari kita bersama-sama melihat perjalanan kembara angkol kali ini.
Sampai di Pekan Tambunan pada awal pagi. Kedai-kedai belum beroperasi. Walaupun sendirian kasi turun basikal, member angkol tetap semangat. Yang penting tagap dan ada semangat, keyakinan itu penting ..bah..ok.. kita kasi turun dan ready dulu itu basikal si angkol.
Terus lompat pigi trip ni. Inda sabar kaa😂. Ini dalam perjalanan ke Kampung Ragkam. Berhenti rehat sambil vape on. Amaran: tiada kanak-kanak di bawah 18 tahun terlibat dalam aktiviti vaping ini. Jangan ikut-ikut kalau kamu inda mau kana tarik tu telinga.
Sampai di Tadahan Air Tondulu atau Tondulu Water Intake. Kawasan ini adalah dibawah seliaan Jabatan Air Tambunan. Jika kamu kesini, jangan membuang sampah merata-rata dan jangan sesekali berfikir untuk meneroka hutan ini secara haram. Diulang sekali lagi, kawasan ini adalah kawasan tadahan air.
Sudah malam sewaktu kami tiba di Sekolah Kebangsan Ragkam, Tambunan. Jadi angkol dan kawan-kawan angkol bermalam saja di mana-mana kawasan yang selamat dan tidak menyusahkan orang. Baca doa kamu sebelum tidur...Oi Minamangun dahai..permudahkanlah urusan kami tanpa menyusahkan orang lain.
Keesokkan hari sudah ni... sampai pun si angkol sana Pekan Tambunan. Ada lagi 3km tapi dekat la berbanding dengan kamu yang jauh di seberang laut.. 😳 macam tiada kaitan pula ni, merepek saja. Ok lah.. buat tatapan yang jauh nun disana, naa si angkol dekat sudah saana Pekan Tambunan, in about 3km. Walking-walking on the road shoot the ball on the tree.. kuh apa kau merepek ni labuuu..
Selesai semua ni, sarapan pagi, pergi toilet, sambung perjalanan dan tiba di Kampung Piasau. Naa warga Kampung Piasau, angkol ambil gambar signboard kampung kamu. Kepada yang jauh di mata jauh di hati tu semoga kamu dapat balik next time kio. Alamak.. dekat di hati bah..
Angkol sudah sampai di Jalan Kinabaan. Simpang ni boleh juga tembus ke Toboh. Kamu try jalan kaki next time..banyak pemandangan menarik sepanjang jalan. Ada rezeki boleh lagi tu singgah mangatam ka, palapos ka, mominatang ka..aramai tih kaa..aih..macam tiada kaitan bah pula..
Kau beli sekali tu kelapa,
Ini di mana, cuba kamurang teka.. jawapan kamu kasi komen sana ruangan komen di bawah kio.. di andad maitu komen kamu...
Singgah sebentar Sk Sunsuron,
Jumpa kawan lama nda jumpa.
Adaii.. mabuk lakang si angkol ni...
Sementara kamu kasi komen jawapan kamu, ni iklan si angkol, ni gambar latest la ni, slim gitu.. aiih.. naik basikal tapi pakai helmet bah..ini gambar hariiitu lagi..berteduh dari hujan yang membasahi kamar wajahmu..uuih...
Naaa sampai sudah kami di sini. Warga Tambunan confirm tahu tempat ini. Cantik, sejuk dan sebagainya ada di sini. Kalau ada yang dalam perjalanan balik, kamu singgahlah tengok view Tambunan.. Untuk pengetahuan semua, yang kena conteng guna spray tu lama sudah tu di sana. Bukan angkol dan member yang buat taaau..
..pesanan angkol kepada yang buat vandalisme tu kamu insaflah.. nanti kamu datang balik bawa berus besi, kamu berus balik hasil kerja kamu.. lawa tapi kurang sesuai dipamerkan disana. Insaflah kamu sebelum kamu diinsafkan.. aih.. kada gia...
Nah.. sampai sudah si angkol di destinasi. Lawa kan..kamu mau ikutkah? Tapi tida boleh bagitau pula nama tempat ni, manatau kamu pulis😳. Adalah sebuat tempat itu yang pada zaman dahulu terdapatlah seekor burung pipit.. aih merepek talasu tadau.. bah angkol karaja dulu...see you next time.
Terima kasih kerana membaca. Sila kasi tinggal komen kamu di ruang komen kio... manatau kamu ada cadangan tempat yang menarik mau pigi..
Ditulis oleh,
Angkol Bonn
2021
Baca lagi:
No comments:
Post a Comment