Kisah Si Penagih



PROJEK FILEM PENDEK YANG MEMAPARKAN RENTETAN KISAH SEORANG PENAGIH
 

Gambar 1: Rahan merupakan seorang kanak-kanak yang tidak dipedulikan oleh ibu bapanya kerana mereka terlalu sibuk. Mereka kerap membiarkan Rahan bersendirian.



Gambar 2: Oleh kerana tidak mendapat perhatian di rumah, Rahan mula berkawan dan melepak dengan murid-murid  yang mempunyai masalah disiplin seperti ponteng sekolah.




Gambar 3: Apabila meningkat remaja, Rahan mula terjebak dengan aktiviti tidak bermoral seperti menghidu bahan terlarang seperti gam tanpa diketahui oleh ibu bapanya.




Gambar 4: Rahan mula mencuri wang ibunya ketika ibunya sedang sakit. Wang tersebut digunakan oleh Rahan untuk membeli bekalan dadah.





Gambar 5: Rahan yang menjadi penagih dadah berkongsi jarum suntikan dengan rakan-rakannya. Dia tidak melakukan apa-apa pekerjaan kecuali mencuri untuk membeli bekalan dadah, menagih dadah dan berseronok.





Gambar 6: Akhirnya Rahan dan rakan-rakannya ditangkap oleh polis dalam satu serbuan ke atas penagih dadah.





Gambar 7: Rahan kini terlantar di hospital akibat kesan daripada ketagihan dadah. Rahan turut mengidap penyakit AIDS akibat daripada berkongsi jarum suntikan.





Gambar 8: Akhirnya Rahan meninggal dunia akibat daripada komplikasi dadah dan penyakit yang dihidapinya.






Perhatian, penjagaan diri dan akhlak bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mendidik dan memberi perhatian kepada anak mereka. Setelah anak berakhlak dan disayangi baharulah golongan masyarakat seperti guru boleh meneruskan bimbingan di sekolah. Anak-anak akan dapat membezakan mengenai perkara yang baik dan buruk jika adanya bimbingan dan kasih sayang yang bermula dari rumah.

🌸semoga tiada sesiapa yang terjebak dengan najis dadah dan menjadi sampah masyarakat. Ingat, dadah adalah perosak umat manusia. Tetapkan iman dan kepercayaan anda, jauhi najis dadah, anda selamat🌸

Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...

Terima kasih kerana membaca...

Rujukan: Buku Teks Pendidikan Kesihatan Tahun 6 KPM 2015


Baca lagi:








JAUHI DADAH, JANGAN BIARKAN DADAH MEROSAKKAN MASYARAKAT KITA. JANGAN PILIH JALAN DADAH!






Credited: http://myhappyfamilybdkr.blogspot.com/2017/10/kempen-anti-dadah.html


No comments:

Post a Comment