Bina dialog baharu yang mengandungi ajakan dan penolakan secara berhemah.
Contoh:
Adam: Marilah, Faizal. Kawan-kawan dah tunggu ni.
Faizal: Maafkan aku, Adam. Aku tidak mahu menyertai kumpulan kamu.
Adam: Cuba dulu, Faizal. Mesti kau akan suka. Hidup kau akan berubah menjadi luar biasa selepas ini.
Faizal: Aku ada di balai polis ni, Adam. Aku sedang buat laporan polis. Polis kata beg tangan kakak aku kena ragut dengan penagih dadah. Kakak aku masuk wad kecemasan, tangannya patah, mukanya terseret di atas jalan raya.
Adam: Ala Faizal, polis tu bergurau je dengan kau. Mana ada penagih dadah buat kerja tu semua. Dadah ni aku dapat percuma. Aku hantar pada orang dan dapat upah dadah. Lagipun kakak kau masih hidup kan?
Faizal: Polis tu bergurau atau tidak, mereka kata penagih dadah akan dapat hukuman setimpal manakala pengedar dadah akan dikenakan hukuman mati. Kakak aku masih hidup tapi wajahnya akan cacat seumur hidup. Kejadian ragut oleh penagih dadah akan menghantui hidup kami buat selamanya. Kau teruskanlah aktiviti kau Adam. Jangan lupa polis sedang memburu semua penagih dan pengedar dadah di kawasan kita.
Adam: Baiklah, Adam. Maafkan aku. Aku tak akan ganggu kau lagi.
Faizal: Terima kasih, Adam. Jangan ganggu aku lagi. Polis sedang kami sekeluarga dan talian telefon kami. Selamat tinggal, Adam.
Baca lagi:
Rujukan:
Buku Teks Pendidkan Kesihatan Tahun 6 KPM 2015
Bruh
ReplyDelete