NOTA BOLA BALING
Padang
atau Gelanggang
l Mestilah mempunyai permukaan yang rata
l Padang berumput / gelanggang
bersimen seperti di dalam dewan
l Padang hendaklah berbentuk segiempat.
l Panjangnya 40 meter dan 20 meter lebar
l Keluasannya adalah
dua kali lebih kecil daripada padang bola sepak
l Tiang gol didirikan di dalam
kawasan gol yang panjangnya enam metar daripadatepi tiang gol dan tujuh meter
daripada garisan penjaga gol
Bola
l Bola yang digunakan ialah
lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring.
l Bola berbentuk bulat dan diperbuat
daripada kulit atau getah yang diwarnakan.
CARA
BERMAIN BOLA BALING
l Permainan bola baling adalah sejenis
permainan berpasukan.
l Ia terdiri daripadatujuh orang untuk
satu pasukan dan dimainkan di atas padang atau gelanggangtertutup.
l Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar
12 orang pemain untuk satuperlawanan. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah
memastikan perkara-perkaraberikut
a)Memakai pakaian jersi bernombor
b)Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan
c)Para
pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal
d)Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan
Memulakan Permainan
l Sebelum permainan, kedua-dua pasukan
perlu memastikan tujuh orang pemain yang akan bermain pada permulaan permainan.
l Pada peringkat permulaan permainan,
sekurang-kurangnya lima orang pemainhendaklah berada di dalam padang. Undian
akan dijalankan bagi menentukan giliranmemulakan permainan.
l Sebelum permainan semua pemain
dikehendaki berada di posisi masing-masing.Lontaran pertama dilakukan dalam
masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel.
l Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol
selepas lontaran yang pertama.Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira.
Masa Permainan
l Biasanya sesuatu perlawanan diadakan
dalam dua tempoh di mana setiap satu selama30 minit dan 10 minit masa rehat
seperti berikut :
l Pemain bola baling hendaklah terdiri
daripada lelaki dan wanita yang berumur18 tahun ke atas. Masa permainan 30
minit dan 10 minit rehat.
l Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut
peringkat umur ialah masa permainanselama 20 minit dan setiap separuh masa
dengan 10 minit masa rehat.
l Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.
l Masa diberikan kepada pemain yang
membuat lontaran penalti atau lontaran percuma.Kedua pasukan akan bertukar
kawasan permainan bagi separuh masa kedua.
l Permainanbiasanya berakhir dengan
kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan. Adajuga perlawanan yang
berakhir seri. Kadang kalamasa tambahan lima minit bagisetiap separuh masa
diberikan.
l Dalam permainan bola baling, pemain
dibenarkan menahan, menangkap, membaling,melantun dan memukul bola dengan
menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut.
l Pemain dibenarkan memegang bola tidak
lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkanmelantun bola serta menangkap bola
itu semula semasa dalam kedudukan berlari atauberdiri.
Pemain bola baling dibenarkan :
•Menghentikan,
menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara
•Memegang
bola tidak melebihi tiga saat
•Memindahkan
bola dari tangan ke tangan
•Menghantar
bola dalam sebarang keadaanMembuat Jaringan Gol
•Suatu
jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi
garisan golpasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah
palang gol
•Pengadil
akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan
•Biasanya gol
diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang
membuatjaringanBalingan Bola ke Dalam
•Balingan hanya
dibenarkan ke dalam apabila
seluruh bahagian bola telahmelepasi bahagian garisan tepi
•Pasukan
yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang
diberi peluang melakukan balingan
•Balingan dilakukan ditempat bola
telah terkeluar, tetapi di penjurugelanggang atau kawasan
perminan.
Balingan
Gol
Balingan gol dilakukan apabila bola
telah melepasi garisan gol oleh pasukanlawan. Balingan gol
dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan.Penjaga gol akan
membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidakdibenarkan
membuat jaringan daripada lontaran atau balingan gol.
Balingan
Percuma
Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana
melakukan kesalahan-kesalahan berikut :
•Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah
•Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang
permainan
•Melakukan halangan terhadap pemain
lawan secara sengaja
•Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan
gol
•Kelakuan yang tidak sopan
•Melakukan kesalahan semasa
membuat balinganBalingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari
tempat berlakunyakesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter
sehingga balingandibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada
tiga meter daripadapemain yang melakukan balingan percuma.
Melakukan
Balingan Penalti
Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang
berikut :
•Bermain dalam keadaan merbahaya
•Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol
•Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan
•Pemain memberikan bola kepada penjaga
gol dengan sengaja
•Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam
kawasan golnya atau keluar darikawasan golnya
•Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol
Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga
saat selepas pengadilmeniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan
golnya tetapi hendaklahberada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang
akan melakukan balingan.Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter
dan pemain-pemain pasukanbertahan hendaklah berada tiga
meter.
No comments:
Post a Comment