Sains Tahun 4: Sifat Cahaya

 

Video untuk nota ini boleh ditonton di: Unit 5: Cahaya Sains Tahun 4


5.1.1 Pergerakan Cahaya

  1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan cahaya adalah dalam garis lurus.
  2. Cahaya bergerak secara lurus. 
  3. Contoh fenomena cahaya bergerak lurus:
    1. Cahaya daripada lampu kereta.
    2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
    3. Cahaya daripada lampu helikopter. 





baca juga : wallpaper cantik

5.1.2 Kejelasan Bayang-Bayang

  1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus terhalang atau dihalang oleh sesuatu objek.
  2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut jenis objek yang menghalangnya iaitu, sama ada lut sinar, lut cahaya atau legap.
  3. Contoh seperti berikut:
    1. Plastik jernih : objek lut sinar kerana membenarkan semua cahaya melaluinya.
    2. Plastik berwarna : objek lut cahaya kerana membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
    3. Kad manila : objek legap kerana tidak membenarkan cahaya melaluinya. 


anda minat melukis? lukislah sekarang di sini


5.1.3 Faktor Yang Mempengaruhi Saiz Bayang-Bayang



Ada dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:
  1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
  2. Jarak di antara objek dengan skrin

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.
  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimanipulasi: Jarak antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimalarkan: Jarak antara objek dengan skrin.
  4. Pemerhatian:


Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, maka  semakin berkurang saiz bayang-bayang. 

Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.
  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
  4. Pemerhatian:


Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, maka semakin bertambah saiz bayang-bayang. 

5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang
  1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-bayang. 
  2. Bentuk bayang-bayang  objek bergantung kepada:
    1. Kedudukan/ Orientasi objek
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah. 
    2. Kedudukan sumber cahaya
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah. ​

5.2.1 Pantulan Cahaya
  1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin. Fenomena ini dinamakan sebagai pantulan cahaya.
  2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin, dan cermin tersebut memantulkan semula imej ke arah mata kamu.
  3. Contoh fenomena pantulan cahaya:
    1. Imej terbentuk pada permukaan air.
    2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
    3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
  4. Info Sains: Bulan bukanlah sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke arah Bumi. 


5.2.2  Kegunaan Pantulan Cahaya

  1. Dalam kehidupan harian, banyak situasi yang melibatkan penggunaan pantulan cahaya. Contohnya:
    1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
    2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di sisi kereta.
    3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain yang terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
    4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
    5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
    6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan di bahagian belakang.
    7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek yang terhalang ke arah mata pemerhati.
  2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang dihasilkan akan bertambah. 
  3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan prinsip pantulan cahaya boleh dihasilkan dengan menggunakan kotak berbentuk silinder, kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas hitam, kertas bercorak, gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih

Buku Teks m/s 106: Membina Kaleidoskop




5.2.3 Gambar Rajah Sinar
  1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
  2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar seperti di berikut. 

5.3.1 Pembiasan Cahaya
  1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak dari air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan kelihatan bengkok.
  2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza, arah pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan pembiasan cahaya.
  3. Untuk menjadikan saiz imej ikan di dalam akuarium kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita boleh menggunakan cermin yang lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan imej ikan menjadi lebih besar.




5.3.2 Pembentukan Pelangi
  1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau selepas hujan, pelangi akan terbentuk.
  2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan dibiaskan dan akan membentuk pelangi. 

5.4  Kepentingan Sifat Cahaya Dalam Kehidupan

  1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita. Fikirkan:
    1. Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus, adakah cahaya dari lampu suluh dapat menyuluh objek yang dicari dengan tepat?
    2. Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat dipantulkan, adakah kita dapat melihat wajah pada cermin?
    3. Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan, adakah kanta tangan dapat membesarkan imej objek.

Rumusan Keseluruhan 



Latihan-Latihan









Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 







No comments:

Post a Comment