- Cahaya Matahari: Sumber utama tenaga.
- Karbon dioksida: Gas dalam udara yang masuk melalui daun.
- Klorofil: Bahan berwarna hijau pada tumbuh-tumbuhan.
- Air: Diserap masuk melalui akar.
Rujuk gambar rajah keperluan proses fotosintesis yang berikut:
Lakaran Hasil Fotosintesis
- Semasa proses fotosintesis, kloforil menyerap cahaya matahari dan menukar air serta karbon dioksida kepada glukosa dan oksigen.
- Glukosa yang tersimpan dalam bentuk kanji adalah bahan yang terhasil sebagai makanan. Glukosa yang terhasil akan bergabung untuk membentuk kanji yang tersimpan pada bahagian tumbuh-tumbuhan seperti daun, batang, akar,biji benih, bunga dan buah.
- Oksigen: Gas yang dibebaskan melalui daun ke dalam udara.
- Gerak balas terhadap rangsangan membantu tumbuh-tumbuhan mendapatkan keperluan untuk menjalankan proses fotosintesis.
- Proses fotosintesis melibatkan:
Karbon dioksida + air -(cahaya matahari, klorofil)-> glukosa + oksigen
Proses fotosintesis juga boleh ditulis dalam bentuk persamaan seperti berikut:
Lakaran hasil fotosintesis:
Berikut adalah gambar rajah bagi hasil proses fotosintesis:
Kepentingan Fotosintesis kepada Hidupan
- Hasil fotosintesis juga turut memberikan manfaat kepada hidupan lain dan alam sekitar.
- Kepentingan fotosintesis:
- membekalkan sumber makanan
- memberikan sumber oksigen untuk pernafasan
- mengekalkan keseimbangan udara di alam ini
Latihan dan Eksperimen Berkaitan Fotosintesis
Faktor, Inferens dan Kesimpulan
Latihan Penyiasatan
Jawapan:
1. Cahaya matahari
2. Pokok M hidup subur.
3. Pokok N layu kerana tidak mendapat cahaya matahari.
Latihan Pemerhatian
Ibu kamu membeli sejenis tumbuhan di dalam pasu yang kamu tidak ketahui spesiesnya seperti rajah 1 diatas.
a)
i. Andaikan kamu meletakkan tumbuhan tersebut di kawasan berbumbung, apakah yang akan berlaku kepada tumbuban itu selepas seminggu?
Tumbuhan itu akan layu.
ii. Mengapa?
Kerana tumbuhan itu tidak mendapat cahaya Matahari yang mencukupi.
b) Apakah keperluan bagi menjalankan proses fotosintesis?
Cahaya Matahari, air, karbon dioksida dan klorofil
c) Nyatakan hasil bagi proses fotosintesis.
Glukosa dan oksigen.
Latihan Ulangkaji
Anna menyediakan enam pokok seperti yang ditunjukkan di bawah.
1.Selepas satu minggu, Anna mencatatkan pemerhatiannya tentang pasu pokok tersebut.
2.Kesimpulan: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara dan air untuk bertumbuh.
Nota Ringkas
Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...
Terima kasih kerana membaca..
baca juga
Sains Tahun 4-Gerak balas tumbuhan
Rujukan:
Terima kasih Cikgu ChangKunTuet
Mathscatch
Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ada jawapan ke soalan tu bagi
ReplyDeleteSudah tulis jawapan...
Delete