SAINS TAHUN 4: Haiwan

 


Organ Pernafasan Haiwan

1. Haiwan bernafas dengan menggunakan organ seperti peparu, insang, kulit lembap dan spirakel.

2. Haiwan bernafas untuk mendapatkan oksigen.





Kulit lembap


peparu













- Kebiasaannya, haiwan ini boleh tinggal di dua habitat yang berlainan. 
Contohnya:
 Katak bernafas menggunakan kulit lembap ketika berada di dalam air dan menggunakan peparu ketika berada di darat.




Haiwan Vertebrata dan Haiwan Invertebrata


Haiwan Vertebrata

1. Haiwan vertebrata adalah haiwan yang mempunya tulang belakang.

2. Contohnya:kuda, burung, ikan, katak, kura-kura





Haiwan Invertebrata

1. Haiwan invertebrata adalah haiwan yang tidak bertulang belakang.

2. Contoh: belalang, cacing, udang, lebah, lintah dan nyamuk.




Ciri-Ciri Khusus Haiwan Vertebrata






1. Haiwan vertebrata dikelaskan kepada mamalia, reptilia, amfibia, burung dan ikan.

2. Berikut adalah ciri-ciri khusus haiwan vertebrata.


Mamalia
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: melahirkan anak
    3. Litupan badan: berbulu halus
    4. Habitat: darat
    5. Contoh: rusa, kucing, kelawar, paus, lumba-lumba, platipus
Amfibia
    1. Organ pernafasan: peparu dan kulit lembap
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: kulit lembap
    4. Habitat: darat dan air
    5. Contoh: katak, sesilia, newt, salamander

Burung
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: berbulu pelepah
    4. Habitat: darat
    5. Contoh: ayam, burung bangau

Reptilia
    1. Organ pernafasan: peparu
    2. Cara pembiakan: bertelur
    3. Litupan badan: bersisik atau berkulit keras
    4. Habitat: kebanyakannya di darat
    5. Contoh: kura-kura, buaya


Ikan
  1. Organ pernafasan: Insang
  2. Cara pembiakan: bertelur
  3. Litupan badan: bersisik
  4. Habitat: air
  5. Contoh: ikan puyu, ikan emas

Ciri-ciri khusus haiwan vertebrata dalam bentuk pengelasan adalah seperti yang berikut:






Uji minda

Mengapakah ikan paus tidak dikelaskan sebagai ikan?

Info Sains:

Paus hidup di laut tetapi dikelaskan sebagai haiwan mamalia kerana dapat melahirkan anak dan bernafas dengan menggunakan peparu.



Tinggalkan komen anda di ruangan komen supaya penulis dapat mengucapkan terima kasih secara peribadi atas kunjungan anda ke sini...

Terima kasih kerana membaca...


Baca lagi:







Rujukan:

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.


Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
​​
Cikgu Nur Hikmah


















4 comments: