Sains Tahun 4: Sifat Cahaya

 

Video untuk nota ini boleh ditonton di: Unit 5: Cahaya Sains Tahun 4


5.1.1 Pergerakan Cahaya

  1. Cahaya kelihatan bergerak daripada sumber cahaya. Pergerakan cahaya adalah dalam garis lurus.
  2. Cahaya bergerak secara lurus. 
  3. Contoh fenomena cahaya bergerak lurus:
    1. Cahaya daripada lampu kereta.
    2. Alur cahaya matahari pada celahan pokok di kawasan hutan.
    3. Cahaya daripada lampu helikopter. 





baca juga : wallpaper cantik

5.1.2 Kejelasan Bayang-Bayang

  1. Bayang-bayang terbentuk apabila cahaya yang bergerak lurus terhalang atau dihalang oleh sesuatu objek.
  2. Kejelasan bayang-bayang yang terbentuk mungkin berbeza mengikut jenis objek yang menghalangnya iaitu, sama ada lut sinar, lut cahaya atau legap.
  3. Contoh seperti berikut:
    1. Plastik jernih : objek lut sinar kerana membenarkan semua cahaya melaluinya.
    2. Plastik berwarna : objek lut cahaya kerana membenarkan sebahagian cahaya melaluinya.
    3. Kad manila : objek legap kerana tidak membenarkan cahaya melaluinya. 


anda minat melukis? lukislah sekarang di sini


5.1.3 Faktor Yang Mempengaruhi Saiz Bayang-Bayang



Ada dua faktor yang mempengaruhi saiz bayang-bayang:
  1. Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
  2. Jarak di antara objek dengan skrin

Faktor 1: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya.
  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan sumber cahaya dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, semakin berkurang saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimanipulasi: Jarak antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimalarkan: Jarak antara objek dengan skrin.
  4. Pemerhatian:


Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan sumber cahaya, maka  semakin berkurang saiz bayang-bayang. 

Faktor 2: Jarak di antara objek dengan skrin.
  1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara jarak objek dengan skrin dan saiz bayang-bayang.
  2. Hipotesis: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, semakin bertambah saiz bayang-bayang.
  3. Pemboleh ubah:
    1. Dimalarkan: Jarak di antara objek dengan sumber cahaya
    2. Bergerak balas: Saiz bayang-bayang
    3. Dimanipulasi: Jarak di antara objek dengan skrin
  4. Pemerhatian:


Kesimpulan: Semakin bertambah jarak di antara objek dengan skrin, maka semakin bertambah saiz bayang-bayang. 

5.1.4  Faktor yang Mempengaruhi Bentuk Bayang-bayang
  1. Orientasi objek dan kedudukan sumber cahaya mempengaruhi bentuk bayang-bayang. 
  2. Bentuk bayang-bayang  objek bergantung kepada:
    1. Kedudukan/ Orientasi objek
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan objek dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan/ objek berubah. 
    2. Kedudukan sumber cahaya
      1. Tujuan: Untuk menyiasat hubungan di antara kedudukan sumber cahaya dan bentuk bayang-bayang yang terhasil.
      2. Kesimpulan: Bentuk bayang-bayang objek akan berubah apabila kedudukan sumber cahaya berubah. ​

5.2.1 Pantulan Cahaya
  1. Apabila melihat cermin, kita melihat imej kita terbentuk pada cermin. Fenomena ini dinamakan sebagai pantulan cahaya.
  2. Cahaya yang menyinari kamu sebenarnya dipantulkan ke arah cermin, dan cermin tersebut memantulkan semula imej ke arah mata kamu.
  3. Contoh fenomena pantulan cahaya:
    1. Imej terbentuk pada permukaan air.
    2. Imej terbentuk pada permukaan lantai berjubin.
    3. Imej terbentuk pada permukaan logam.
  4. Info Sains: Bulan bukanlah sumber cahaya. Bulan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya Matahari ke arah Bumi. 


5.2.2  Kegunaan Pantulan Cahaya

  1. Dalam kehidupan harian, banyak situasi yang melibatkan penggunaan pantulan cahaya. Contohnya:
    1. Cermin muka memantulkan cahaya dari muka ke mata kita.
    2. Cermin sisi membolehkan kita melihat objek di belakang dan di sisi kereta.
    3. Cermin cembung membolehkan pemandu melihat kenderaan lain yang terlindung daripada pandangannya untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
    4. Cermin pergigian membantu doktor gigi untuk melihat keadaan gigi pesakit pada bahagian yang terlindung.
    5. Pelanggan di kedai kasut boleh melihat imej kasut yang dipakai melalui cermin yang diletakkan pada bahagian bawah.
    6. Pelanggan di kedai gunting rambut boleh melihat imej bahagian belakang kepalanya melalui cermin yang diletakkan di bahagian belakang.
    7. Tentera laut boleh melihat objek yang berada di permukaan laut dari dalam kapal selam dengan menggunakan periskop. Dua cermin dalam periskop memantulkan cahaya dari objek yang terhalang ke arah mata pemerhati.
  2. Terdapat bahagian yang berkilat pada lampu suluh supaya cahaya dapat dipantulkan dan kecerahan cahaya yang dihasilkan akan bertambah. 
  3. Alat mainan, kaleidoskop yang menggunakan prinsip pantulan cahaya boleh dihasilkan dengan menggunakan kotak berbentuk silinder, kerajang aluminium, labuci, kad manila, kertas hitam, kertas bercorak, gam, pita pelekat, gunting dan plastik jernih

Buku Teks m/s 106: Membina Kaleidoskop




5.2.3 Gambar Rajah Sinar
  1. Apabila cahaya terkena pada permukaan yang rata dan licin seperti cermin muka, cahaya tersebut akan dipantulkan.
  2. Fenomena ini juga boleh dilukis dalam bentuk gambar rajah sinar seperti di berikut. 

5.3.1 Pembiasan Cahaya
  1. Cahaya dari sudu di dalam air dibiaskan apabila cahaya bergerak dari air ke udara. Keadaan ini menyebabkan imej sudu berubah ke atas dan kelihatan bengkok.
  2. Apabila cahaya bergerak melalui dua medium yang berbeza, arah pergerakan cahaya akan berubah. Fenomena ini dinamakan pembiasan cahaya.
  3. Untuk menjadikan saiz imej ikan di dalam akuarium kelihatan lebih besar daripada saiz asalnya, kita boleh menggunakan cermin yang lebih tebal kerana pembiasan cahaya membolehkan imej ikan menjadi lebih besar.




5.3.2 Pembentukan Pelangi
  1. Apabila Matahari memancarkan cahaya semasa atau selepas hujan, pelangi akan terbentuk.
  2. Apabila cahaya Mahatari terkena pada titisan air hujan, cahaya akan dibiaskan dan akan membentuk pelangi. 

5.4  Kepentingan Sifat Cahaya Dalam Kehidupan

  1. Sifat cahaya penting dalam kehidupan kita. Fikirkan:
    1. Situasi 1: Jika cahaya tidak bergerak lurus, adakah cahaya dari lampu suluh dapat menyuluh objek yang dicari dengan tepat?
    2. Situasi 2: Jika cahaya tidak dapat dipantulkan, adakah kita dapat melihat wajah pada cermin?
    3. Situasi 3: Jika cahaya tidak dapat dibiaskan, adakah kanta tangan dapat membesarkan imej objek.

Rumusan Keseluruhan 



Latihan-Latihan









Rujukan

Badan Pembangunan Kurikulum. (April 2018). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 4. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mohd Ramadhan bin Anwar, Mohammad Fazli bin Othman, Siti Roha binti Abd. Karim & Ahmad Pua'ad bin Ibrahim. (2019). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017): Sains Tahun 4 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 







SAINS TAHUN 5-Elektrik

 


(A) Sumber Tenaga Elektrik

  1. Tenaga elektrik tidak dapat dilihat tetapi fungsinya sentiasa boleh diperhatikan.
  2. Terdapat 7 sumber tenaga elektrik utama: 




(B) Litar Bersiri Dan Litar Selari


(C) Lakaran Menggunakan Simbol



Latihan ringkas:



BOLA BALING SEKOLAH RENDAH

 



Nota Kuiz 1

1. Bola Baling dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai handball.
2.  Permainan Bola Baling di Malaysia diperkenalkan pada Tahun 1976.
3. Bola Baling mula dipertandingkan pada peringkat Majlis Sukan Sekolah-
    Sekolah Malaysia pada tahun 1987.
4.  Ukuran bagi gelanggang Bola Baling adalah 40 meter panjang, 20 meter lebar.
5.  Permainan Bola Baling merupakan sejenis permainan berpasukan.
6.  Bilangan pemain bagi setiap pasukan adalah 7 orang.
7.  Lontaran pertama mestilah dilakukan dalam masa 3 saat sebelum wisel ditiup.
8.  Pemain boleh memegang bola tidak lebih daripada 3 saat.
9.  Pemain dibenarkan melantun serta menangkap bola dalam kedudukan berdiri
     atau berlari.
10.  Memindahkan bola dari tangan ke tangan tidak melayakkan Balingan Penalti.
11.  Bola Baling boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan.
12.  Bola Baling merupakan permainan kategori serangan.

 NOTA BOLA BALING

Padang atau Gelanggang

l  Mestilah mempunyai permukaan yang rata

l  Padang berumput / gelanggang bersimen seperti di dalam dewan

l  Padang hendaklah berbentuk segiempat.

l  Panjangnya 40 meter dan 20 meter lebar

l  Keluasannya adalah dua kali lebih kecil daripada padang bola sepak

l  Tiang gol didirikan di dalam kawasan gol yang panjangnya enam metar daripadatepi tiang gol dan tujuh meter daripada garisan penjaga gol

Bola

l  Bola yang digunakan ialah lebih kecil daripada bola sepak atau bola jaring.

l  Bola berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah yang diwarnakan.

CARA BERMAIN BOLA BALING

l  Permainan bola baling adalah sejenis permainan berpasukan.

l  Ia terdiri daripadatujuh orang untuk satu pasukan dan dimainkan di atas padang atau gelanggangtertutup.

l  Sesebuah pasukan dikehendaki mendaftar 12 orang pemain untuk satuperlawanan. Sebelum bermain, setiap pasukan hendaklah memastikan perkara-perkaraberikut

a)Memakai pakaian jersi bernombor

b)Berpakaian lengkap yang sesuai dengan permainan

c)Para pemain mempunyai kekuatan dari segi mental dan fizikal

                        d)Bermain mengikut undang-undang yang ditetapkan

Memulakan Permainan

l  Sebelum permainan, kedua-dua pasukan perlu memastikan tujuh orang pemain yang akan bermain pada permulaan permainan.

l  Pada peringkat permulaan permainan, sekurang-kurangnya lima orang pemainhendaklah berada di dalam padang. Undian akan dijalankan bagi menentukan giliranmemulakan permainan.

l  Sebelum permainan semua pemain dikehendaki berada di posisi masing-masing.Lontaran pertama dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadil meniupkan wisel.

l  Pemain tidak dibenarkan menjaringkan gol selepas lontaran yang pertama.Sekiranya gol, gol itu tidak akan dikira.

 Masa Permainan

l  Biasanya sesuatu perlawanan diadakan dalam dua tempoh di mana setiap satu selama30 minit dan 10 minit masa rehat seperti berikut :

l  Pemain bola baling hendaklah terdiri daripada lelaki dan wanita yang berumur18 tahun ke atas. Masa permainan 30 minit dan 10 minit rehat.

l  Bagi pemain lelaki dan wanita mengikut peringkat umur ialah masa permainanselama 20 minit dan setiap separuh masa dengan 10 minit masa rehat.

l  Pasa peringkat MSSM, tempoh permainan bergantung kepada umur.

 

l  Masa diberikan kepada pemain yang membuat lontaran penalti atau lontaran percuma.Kedua pasukan akan bertukar kawasan permainan bagi separuh masa kedua.

l  Permainanbiasanya berakhir dengan kemenangan atau kekalahan kepada salah satu pasukan. Adajuga perlawanan yang berakhir seri. Kadang kalamasa tambahan lima minit bagisetiap separuh masa diberikan.

l  Dalam permainan bola baling, pemain dibenarkan menahan, menangkap, membaling,melantun dan memukul bola dengan menggunakan tangan, kepala, paha dan lutut.

l  Pemain dibenarkan memegang bola tidak lebih dari tiga saat. Pemain juga dibenarkanmelantun bola serta menangkap bola itu semula semasa dalam kedudukan berlari atauberdiri.

 

Pemain bola baling dibenarkan :

•Menghentikan, menangkap, melontar, memukul bola dengan sebarang cara

•Memegang bola tidak melebihi tiga saat

•Memindahkan bola dari tangan ke tangan

•Menghantar bola dalam sebarang keadaanMembuat Jaringan Gol

•Suatu jaringan gol dikira sah apabila bola telah melepasi garisan golpasukan lawan iaitu antara kedua-dua tiang serta di bawah palang gol

•Pengadil akan meniupkan wisel sebaik sahaja gol dijaringkan

•Biasanya gol diperoleh menerusi permain daripada pasukan yang membuatjaringanBalingan Bola ke Dalam

•Balingan hanya dibenarkan ke dalam apabila seluruh bahagian bola telahmelepasi bahagian garisan tepi

•Pasukan yang tidak melakukan kesalahan sehingga bola terkeluar gelanggang

diberi peluang melakukan balingan

•Balingan dilakukan ditempat bola telah terkeluar, tetapi di penjurugelanggang atau kawasan perminan.

Balingan Gol

Balingan gol dilakukan apabila bola telah melepasi garisan gol oleh pasukanlawan. Balingan gol dilakukan sendiri oleh penjaga gol atau pasukan pertahanan.Penjaga gol akan membuat lontaran dari dalam kawasan pintu gol. Penjaga gol tidakdibenarkan membuat jaringan daripada lontaran atau balingan gol.

Balingan Percuma

Balingan percuma diberikan kepada pasukan lawan kerana melakukan kesalahan-kesalahan berikut :

•Memasuki/meninggalkan gelanggang secara tidak sah

•Memainkan bola tanpa mengikut undang-undang permainan

•Melakukan halangan terhadap pemain lawan secara sengaja

•Memainkan bola secara sengaja supaya bola melepasi garisan gol

•Kelakuan yang tidak sopan

•Melakukan kesalahan semasa membuat balinganBalingan percuma hendaklah dilakukan dengan segera dari tempat berlakunyakesalahan itu. Pemain tidak boleh melepasi garisan 9 meter sehingga balingandibuat. Pemain lawan hendaklah berada tidak kurang daripada tiga meter daripadapemain yang melakukan balingan percuma.

Melakukan Balingan Penalti

Balingan penalti dilakukan setelah berlakunya perkara yang berikut :

•Bermain dalam keadaan merbahaya

•Menghalang pemain lawan dari menjaringkan gol

•Pemain memasuki kawasan golnya dengan sengaja untuk bertahan

•Pemain memberikan bola kepada penjaga gol dengan sengaja

•Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan golnya atau keluar darikawasan golnya

•Melakukan kesilapan dengan pertukaran penjaga gol

Setiap balingan penalti hendaklah dilakukan dalam masa tiga saat selepas pengadilmeniupkan wisel. Penjaga gol hendaklah bergerak ke kawasan golnya tetapi hendaklahberada sekurang-kurangnya tiga meter dari pemain yang akan melakukan balingan.Pemain lawan hendaklah berada di luar garisan 9 meter dan pemain-pemain pasukanbertahan hendaklah berada tiga meter.